INFO SERUNDING

Serunding dibuat secara tradisional~iaitu menggunakan dapur kayu. daging disiat menggunkan tangan dan di kacau menggunakan tangan.

~~Ini yang menjadi rahsia kesedapan serunding kami
Jangan Ketinggalan Untuk Mencuba.
Order sekarang untuk harga istimewa :)



Resepi Serunding Daging



Bahan-bahan (Utk 2kg Daging )
2 kg Daging (Btg Pinang) Direbus Empuk
400 gram Cili Kering
2 labu Bawang Merah Besar
5 ulas Bawang Putih
4 cm Lengkuas
2.5 cm Halia
4 - 5 btg Serai
150 gram Ketumbar (pandai2 agak)
150 gram Jintan Manis (pandai2 agak)
250 gram Gula Merah @ Gula Perang @ Gula Putih
1 bj Kelapa (perah jd santan pekat)
Jus Asam Jawa
50 gram Kerisik (tak letak pun takpe)
2-3 Org Pembantu & Kesabaran Yg Tinggi (percaya la nak siat daging 2 kilo sorang2 ni bukan kerja yg "menyeronokkan" ...


Cara-cara~~
Bahan2 blend sekali dgn Bwg Besar,Bwg Putih,Ketumbar Dan Jintan (yg dah digoreng tanpa minyak)
Kemudian tumis bhn2 yg dah blend td (agak2 minyak ya...jgn terlebih plak)
Masukkan Gula Merah dan kerisik tu td
Masukkan Jus Asam Jawa (agak2 rasanya)
Masukkan Santan pekat
Goreng Tumisan sampai pecah minyak
Tunggu sampai garing tumisan kita
Ambil daging yg kita dah carik2
tutup api tumisan dan masukkan daging
Kacau sampai rata baru bukak api balik ...gunakan api yg kecil ..kat sini kesabaran memainkan peranan yg penting...kalau melekat2 "JGN TAMBAH MINYAK!!!"...masukkan sedikit air je...
Dan kacau lah sampai betul kering dan garing ...kacau jgn berketul2 pastikan kita gunakan api yg betul2 kecil ...
Selamat Mencuba~~tuk mendapatkan serunding yg asli, senang & sedap..HUBUNGI KAMI!

4 comments:

  1. Hmm.. nak buat serunding daging , serunding ayam & serunding ikan kena banyak bersabar sebab ia memakan masa yang agak lama hingga berjam-jam sebelum ia benar-benar kering & masak. TAPI , bila makan sekejap jer leh habis tak sampai beberapa minit. Memang sedapp !

    ReplyDelete
  2. nak tanya,nak rebus daging tu ambik masa berp mnt ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna pressure cooker selalunya high pressure 35minit.

      Delete
  3. Sy berminat membuat serunding..utk prrniagaan..dimana sy blh berlajar atau kursus membuat serunding..

    ReplyDelete