Serunding daging dikenali juga sebagai Sambal Daging di Kelantan. Tempat yang terkenal dengan penghasilan Serunding Daging seperti di:
Kampung Laut, Pelekbang, Tumpat Kelantan.
Kampung Langgar, Kota Bharu, Kelantan.
Pasir Mas, Kelantan.
Ramuan asas serunding dibuat dengan menggunakan daging lembu, rempah ratus, dan santan. Daging Lembu tempatan mempunyai rasa yang lebih enak dimakan.
Kebanyakan pengeluar terdiri daripada pengusaha industri kampung, yang mengusahakan secara tradisional, mengutamakan kebersihan. Sambal Daging tidak dibuat secara pengeluaran Pukal, kerana buat masa ini tiada mesin yang boleh memecahkan gentian daging yang kelihatan selari. Mesin yang ada hanya mampu melumatkan dan menghancurkan daging. Oleh itu serunding(sambal daging) yang asli masih kekal dibuat secara tradisional oleh mereka yang mempunyai kemahiran khusus yang tertentu.
Serunding2 lain yg ada ialah serunding Ikan dan ayam
Hubungi Kami untuk serunding berkualiti :
013-9355961 (Anwar)
Email: colleen_aurora@yahoo.com.my
No comments:
Post a Comment